Monday, January 5, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Salam sedara sedari,
Atas usaha rakan2 di agroimpian yg penat turun naik ibu pejabat FAMA sampai dpt hamstring injury mcm fernando torres sejak November lepas, bermula 3/1/2009 Boervilla dgn kerjasama mereka telah memulakan langkah pemasaran daging kambing boer segar dari ladang terus kepada masyarakat umum pada setiap sabtu dan ahad di Pasar Tani Mega FAMA Kelana Jaya and Shah Alam (Stadium). Selain daging kambing boer segar yg ditawarkan dgn harga RM38/kg, kami juga menawarkan daging kambing dari baka tempatan/kampung/katjang dan bebiri segar serendah RM25/kg. Dgn itu, suka kami mewar2kan kpd sesiapa yg ingin mencuba dan menikmati kelazatan daging kambing boer segar dgn harga mampu milik, silalah berkunjung ke tapak pasar tani mega kelana jaya (depan kompleks tabung haji, diantara pusat kesihatan dan balai polis kelana jaya) setiap sabtu dan pasar tani mega shah alam (stadium) setiap ahad dari 7.00pagi - 12.00tghari.
p/s - TQ kepada FAMA khasnya bahagian pasar tani atas sokongan & galakan yg diberikan, juga kepada rakan2 yg memberi sokongan samaada moral & duit...heehe.
gambar lain kali la aku attachkan, blom sempat lak nak bersesi fotografi semasa menjaja.

Tawaran sewaan ruang kandang (contract farming ke???)

Setelah hampir setahun En.Anuar dan En.Din memiliki kambing yg ditempatkan di BoerVilla, akhirnya pada hujung December lepas mereka telah berjaya membina kandang sendiri di lokasi masing2, dan kambing2 mereka telah selamat berpindah di tempat baru. Syabas diucapkan kpd mereka dan semoga kita sama2 berjaya dlm misi & objektif masing2.
Oleh itu, BoerVilla ingin membuka semula tawaran sewaan kandang (terhad 40ekor shj psl byk tu je pun space yg available skng ni) bagi sesiapa yg berminat utk memulakan langkah dlm bidang penternakan kambing boer, tertakluk pd syarat2 yg telah ditetapkan spt dibawah:

1) Sewa = RM35/seekor/sebulan (semua covered termasuk makan, minum, ubat, garam mineral, upah pekerja, letrik, air, JPH/consultancy etc)
2) Penyewa bebas keluar masuk kandang mengaccess kambing2 mereka utk tujuan pemerhatian, rawatan, bermesra etc bukan utk tujuan menculik kambing sendiri atau milik org lain (dgn kata lain buat la mcm kandang sendiri).
3) Hasil2 kambing (anak2) adalah 100% hak pemilik. tapi takkan nak untung je, risiko rugi kena pertimbangkan juga (rujuk para 4 dibawah). Tiada apa2 utk Boervilla selain dr charge sewa spt para 1 diatas. Ini bukan totally contract farming scheme, hanya sewaan kandang yg aku boleh kata peluang menjadi penternak dgn modal paling minimum.
4) Penyewa/pemilik = PENTERNAK. Anda kena berfikir & bertindak (bukan berlakon ye) mcm penternak, so semua risiko kena aware & alert (semua jenis livestock mmg berisiko lebih sedikit, its normal). Buat mcm kandang sendiri, bertanggung jawab keatas kesihatan kambing2 mereka dan risiko kematian (jika berlaku). Kerugian dari semua aspek termasuk kematian adalah tanggungan pemilik. TIADA pampasan dari BoerVilla cuma khidmat nasihat bg rawatan utk mengelakkan kematian.
5) Bayaran sewa = sila pilih option; setiap 3bulan atau 6bulan atau 12bulan.
6) Tiada had min utk anda memiliki kambing, tapi tawaran akan ditutup bila kuota 40ekor dah penuh.
7) Penyewa/pemilik WAJIB mempunyai plan projek penternakan sendiri. mesti ada target bila kena ada keyakinan & kewangan utk bina kandang sendiri, contohnya lepas 6bln ke 12bln ke 18bln ke. Ye la takkan nak buat BoerVilla mcm kandang sendiri selama2nya kan...

Further clarification ke elaboration ke boleh dibincangkan dan dinilai atas budibicara. Penternakan kambing mmg bukan mudah wlaupon ramai diluar sana yg menggambarkan yg best2 belaka, tapi bukan juga susah bagi yg sgt mencintai kambing, berilmu & tidak mudah patah semangat, dan InsyaAllah industri ini boleh mendatangkan pendapatan yg lumayan jika kena dgn caranya.
So, jika anda betul2 MINAT dan cukup BERANI menanggung semua risiko sebagai penternak...jgn lepaskan peluang ini!!!

Thursday, November 27, 2008

Ilmu: Penyakit Kembong Perut

Penyakit kembong berlaku apabila didapati pembesaran rumen dan reticulum (perut di bahagian abdomen kiri). Penyakit kembong ini mengakibatkan kerugian melalui kematian kepada ternakan. Selain daripada itu ia boleh mengurangkan kadar pengeluaran serta membataskan penggunaan berbagai jenis rumput-rumput kepada ternakan.
Kejadian kembong perut biasanya bertambah dalam pengurusan yang menggunakan baja yang banyak pada pastura dan apabila ternakan makan daun-daun kayu seperti daun ubi dan nangka terlalu banyak.

Aetiology (sebab-sebab kembong)
Sebab utama kejadian kembong adalah apabila kadar gas yang dihasilkan melebihi kadar pengeluaran gas (eructation). Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan terkumpul di dalam rumen yang kemudiannya membesar. Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana mikro organisma dalam rumen dan juga oleh gangguan secara tidak langsung terhadap pengeluaran gas.

Jenis-jenis penyakit kembong
a) Gangguan secara fizikal (Physical disturbance)
- sekatan kepada esophagus (esophageal obstruction)
- abscess, adhesion, radang perut (gastritis)
- terlebih 'froth' dalam rumen
- kedudukan abomasum yang salah (displace abomansum)

b) Gangguan secara 'biochemical'
- makan daun-daun kayu yang beracun
- terbanyak makan dedak/palm kernel cake (PKC)
- 'sensitize' kepada uba-ubat
- kerosakan kepada sistem saraf
c) Gangguan melalui penyakit 'entero toxemia' dan keracunan nitrate.
Jika diperhatikan dengan betul, kita dapati penyakit kembong boleh dibahagi kepada dua sebab utama. Pertama disebabkan pengeluaran gas yang berlebihan dari yang dikeluarkan dari tubuh ternakan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan dan juga terdapat banyak gas 'foam' di dalam rumen. Kedua, disebabkan oleh sekatan kepada pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal.

Faktor utama adalah masa dan keadaan ternakan, jenis makanan & keadaan tanah (kandungan zat).

Tanda-tanda klinikal:
- pembesaran bahagian kiri abdomen (para lumbarfossa).
- ternakan menjadi resah - selalu duduk dan bangun.
- kurang makan dan minum.
- ternakan berada dalam kesakitan terutama di bahagian abdomen kiri.
- ternakan terbaring dalam kesakitan.
- kematian.
- kadar pernafasan bertambah dan ternakan menjadi sesak nafas (dyspnoea).

Rawatan
Asas utama dalam rawatan kembong adalah untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Adakah disebabkan oleh penghasilan gas yang terlalu banyak atau terdapat sekatan kepada pengeluaran gas dari rumen. Dalam penyakit kembong selain dari pengeluaran gas, ada juga terdapat buih (foam/frothy material) dan kedua-duanya perlu dikeluarkan untuk menjamin rawatan yang sesuai.
Untuk rawatan, anda perlu:-
- memasukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut untuk mengeluarkan gas yang terdapat dalam rumen.
- memberi ubat menahan kembong (anti bloat/anti foam agents) seperti Bloat guards yang diberi ke dalam rumen.
- memberi minyak kelapa (kelapa sawit/minyak masak) dengan tujuan memendakkan buih supaya memberi peluang kepada pengeluaran gas (100-500 ml)
- mengeluarkan gas dengan menggunakan; trocar atau benda-benda tajam di sebelah kiri abdomen (bahagian atas).
- selain dari itu anda juga boleh menggunakan teknik pembedahan seperti 'rumenotomy' untuk mengeluarkan gas.

Pengawalan penyakit kembong
Bagi menjamin ternakan yang sihat sepanjang masa anda harus menjalankan beberapa kaedah pengurusan bagi mengawal penyakit kembong. Anda perlu memerhati agar dedak atau PKC yang diberikan kepada ternakan tidak terlalu halus. Kehalusan makanan seperti ini akan mempercepatkan pengeluaran gas serta menghasilkan buih yang banyak. Selain dari itu daun-daun kayu yang dimakan oleh ternakan juga perlu diberi perhatian. Jika terlalu banyak akan menyebabkan kembong kerana lebih gas dihasilkan.
Anda juga perlu memberi perhatian kepada pembajaan pastura yang terlalu banyak. Keadaan tanah yang sesuai dengan zat makanan yang cukup juga membantu dalam pengawalan penyakit kembong.
Selain dari faktor masa dan keadaan sekeliling yang terlalu memberi tekanan (stress) kepada ternakan juga boleh menyebabkan kembong terjadi. Anda seharusnya memberi rawatan serta nasihat kepada penternak bagi mengawal penyakit kembong ini.
sumber: JPH T'ganu

Tuesday, July 22, 2008

RAJA BOER!!!

Pembiak No. 1 Australia
Oleh ADHAM SHADAN
Dia memenangi pelbagai anugerah baka kambing Boer terbaik lantaran kambingnya yang mempunyai ketahanan yang lebih tinggi dan mampu membiak dengan baik. Dia dianggap Raja Boer.
PADA tahun 1995, Jim Boer atau nama sebenarnya Jim Mayall Gilgandra hanyalah seorang penternak kambing biasa. Berbekalkan sekawan kecil kambing komersial serta tambahan dua ekor kambing Boer betina dan seekor kambing Boer jantan, dia memulakan usaha taninya yang tidak seberapa. Namun, penternak kecil di New South Wales (NSW), Australia ini memiliki jiwa yang besar. Merasakan tiga ekor kambing Boer yang dibelinya itu tidak memenuhi piawaian sama ada untuk tujuan komersial mahupun perusahaan, dia bertekad bahawa sesuatu perlu dilakukan.
Usaha demi usaha dilakukan Jim, 55, untuk menghasilkan mutu baka yang lebih baik. Tanpa latar belakangkan pengetahuan sains dan ilmu genetik, anak jati keluarga peladang ini memasang strategi mencatur pembiak bakaannya sendiri.
Kini, kejayaan telah digapainya. Ladang Jimboer Boer Goat Stud yang diusahakan bersama isterinya, Lyn Mayall di kawasan barat NSW, menjadi saksi akan kegemilangannya. Ladangnya merupakan ladang kambing Boer pertama di Australia yang mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kambing Boer Afrika Selatan yang cukup berprestij seawal tahun 2004 lagi.
cerita selanjutnya & gambar2 (termasuk gambo jim&mizi, hehe) di kosmo 21July2008

Friday, June 6, 2008

Kursus Penternakan Boer


Salam,
Kami ingin war-warkan kepada pelawat2 BoerVilla yg berminat untuk mengikuti
Kursus Penternakan Kambing Boer yg akan dianjurkan di area Kuala Selangor oleh rangkaian BoerBest Group. Beberapa speaker terkemuka akan turut bersama untuk memberi ucapan, kaedah dan berkongsi pengalaman tentang kambing Boer.
Antara Speaker tersebut adalah:
1) Jim Boer - Hardcore Breeder di Australia - Boer Goat Breeding
2) Geoffrey Davies dari Capricorn Pastoral, Australia - Boer goat Demand Industry
3) Dr. JPH/MARDI - Boer Goat Feed.
Informasi terkini tentang kursus yg ditawarkan boleh dilihat disini http://www.boerbest.com

Monday, April 28, 2008

Langkah Pertama BOERBEST Group



Salam...tanggal 26 April 2008 telah mencatatkan satu kenangan indah dlm dunia perkambingan kami apabila aku bersama2 mizi, wan & botak telah memulakan projek jualan daging kambing boer terus kpd pengguna. Disamping daging kambing, kitorang ada jugak jual daging lembu (bukan daging kotak imported tau, tapi daging fresh baru sembelih kol 4 pagi tu) utk menambah variety. Mizi & Wan handle bahan2 jualan, tu psl la mlm tu dorang tak tido menumbangkan lembu & menambat kambing utk disembelih. Aku & Botak standby kat rumah dipaksa tido oleh Mizi & Wan supaya kitorang ada tenaga cergass keesokannya...aku redha je dgn arahan..hehehe. Tapi Botak excited giler nak jadi penjaja sampai takleh tido mlm tu...hehehe.

Tapak gerai yg pertama di Bkt Rahman Putra, Sg. Buloh dan operasi jualan daging kambing & lembu ni adalah tiap2 hari kecuali isnin dari pkl 6pagi hingga 12tghari. Kpd sesiapa yg memerlukan daging lembu atau kambing segar dari ladang, silalah kunjungi kami di sana... ataupun sesiapa yg nak order thru telefon silalah jgn malu2 call salah sorang dari kami. Delivery boleh diuruskan, maybe jumpa dimana2..tapi terhad utk warga lembah klang shj...

Walaupun byk dugaan & kepayahan utk setup sebijik gerai ni, tapi kitorang dah nekad apa nak jadi jadik lah...projek tetap diteruskan. Alhamdulillah, hasil penat lelah berbaloi bila gerai berjaya beroperasi, dgn sambutan pelanggan yg boleh dibanggakan, disamping sokongan rakan2 penternak seperjuangan. Pembukaan 3 tapak gerai lagi dlm perancangan..tungguuuu

Thursday, April 17, 2008

Koboi M'sia cuba menangkap kambing terlepas

Video ni hasil rakaman botak semasa loading kambing haritu...hero utama adalah bobo...hehehe