Tuesday, April 8, 2008

Shipment Terbaru 04/04/08

Salamz.. ribuan kemaafan kpd pelawat2 tegar blog boervilla ni walaupun lama giler aku tak update, dah mcm takde penghuni lak kat sini ye... tapi takpe, janji kandang kambing ada penghuni...and kambing sihat2 walafiat. Sepanjang tiada apa2 citer kat sini, aku sebenarnya menggelupor arrangekan shipment kali ni yg mmg amat luar biasa. Shipment yg sepatutnya awal February telah tertangguh beberapa kali atas sebab2 yg tak dpt dielakkan. Berkat kesabaran, alhamdulillah akhirnya loading kali ni berjaya juga pada 4 April 2008. Dikesempatan ini juga aku nak mohon maaf kpd pembeli2 kambing atas kelewatan tersebut. Aku pun paham sbb korang dah bayar pastu barang lambat lak, kalau aku pun aku tensen, camne terujanya korang utk tgk & belai kambing sendiri...itu mmg naluri manusia.

Aku ingatkan masalah kali ni selesai bila kapal terbang dah landed kat klia...rupa2nya ada lagi dugaan. Security MAB kat klia cargo complex pulak tak bagi satu company masuk lebih dari 5 org...padahal dulu2 selamba je sampai visitor pass abis la...so, terpaksa la buyer2 yg dah dtg dok kat luar tak dpt masuk animal hotel, sampai la dah nak suboh baru dpt masuk bila hero2 kitorang pegi naik pejabat MAB jumpa ngan higher officer on duty. Punyelah hangin ngan budak pempuan yg mcm laki yg tak bagi kitorang masuk tu, kalau ye pun dia ikut arahan ckp la elok2 camne caranya utk kitorang dpt masuk sebab dah tanye awal2 dah..ini tak, bersungguh2 takmo bagi masuk sambil isap rokok dgn kereknya dlm kaunter pelawat tu.

Berbalik citer kambing, lori brader ramli koboi terpaksa buat 2 trip la psl kambing byk takut dorang berhimpit2 pastu lagi stress. Lebih kurang 200 ekor sampai, itupun separuh buyer dah bawak terus ke kandang dorang di segamat, kuantan etc. loading haritu selesai bila kambing semua selamat masuk ke kandang, semua dijamu dgn air minuman bercampur anti stress disulami dgn daun sawit segar tanpa pallet. aku sampai rumah dah nak dekat maghrib dgn rasa nak pengsan, mana taknye 2 mlm sebelum tu tak tido tgk champion league lagi..badan bergelumang ngan taik kambing sampai celah2 rambut aku pun ada taik kambing...hahahaha.
kisah selebihnya korang tgk je lah slide gambar ni...aku nak sambung buat keje. enjoyyyyyy you'll never walk alone baby...hehe

Friday, February 22, 2008

Nantikan Kemunculan Banner ni Disekitar Klang Valley!...

Friday, February 15, 2008

Tuesday, February 12, 2008

Terkini di BoerVilla

Sori lama tak update blog ni psl bz giler ngan keje opis, weekend lagi la bz kat kandang ngan melayan request2 dari peminat2 kambing especially contract farming tu. Anyway, terima kasih kpd yg sudi melawat & bertanya: Othman, Faidzal Apai, Syukri, Azman, Din, Syukor, Hafiz, Rosli, Nazri, Anuar, Hanafi dll (sori ye kalau ada yg tertinggal aku tak sebut nama).
Hmmm...apa citer terbaru eh aku nak tulis ni. 2 minggu lepas, hari ahad pagi2 sebelum suboh kol 4 pagi aku dah gerak ke kandang. bukan ada emergency ke hapa, tapi nak sembelih seekor kambing utk dijual daging kat pasar tani mega shahalam. kambing candidate yg muda/kecik (psl 'chevon' tu umor 6 bulan!) dah pun aku & pak ersat (pekerja ladang) pilih. tapi aku sampai awal2 pun hampehh psl menunggu mizi & wan & adib terhegeh2 lambat sgt dah kol 6 baru nak sampai. dorang sampai je terus cargass operasi kitorang...siap je semua menggelupor aku pegi shahalam lak sbb dah janji ngan owner tapak pasr tani tu aku nak sampai around kol 6.30-7.00...tapi terkucil la kol 8 lebih baru sampai.
lepas taruk kambing kat atas meja, kitorang distribute flyer jualan daging kambing boer segar kat org ramai...letih gak aaaa hari pun dah naik panas. ramai gak consumer yg realize tentang kebaikan/kelazatan kambing boer muda nih, sbb tu dlm masa 2jam lebih je bleh clear gak sekor kambing tu...alhamdulillah, percubaan pertama kitorang utk penetrate market jual daging kambing fresh dari ladang selesai dgn jayanya. kepala kambing boer ni pun ramai gak org minat ye! aku sempat buat show kepala boer atas meja kejap je dah kena beli ngan org...hehe. InsyaAllah kitorang akan terus berusaha utk mengembangkan aktiviti2 camni dgn berkorban masa & tenaga demi minat.
Ohh ya, kambing2 contract farming akan sampai dari Australia 15 Feb ni, total ada 53ekor...so, tungguuuuu dorang mengembekk dgn lebih ganas ye....heee

Monday, January 7, 2008

Tawaran "Contract Farming"

Boervilla mempunyai kepakaran & juga kemudahan utk penternakan kambing. Kami menawarkan khidmat penternakan secara 'contract farming' kpd individu2 yg berminat dgn dunia perkambingan tanpa perlu mengeluarkan modal permulaan yg besar utk pembinaan kandang & infrastuktur. Anda cuma perlu keluar modal utk beli kambing je utk pemulaan, pastu taruk kambing2 tu kat boervilla, sesukahati boleh dtg lawat & bermesra ngan kambing2 tu. Dlm masa yg sama anda dpt belajar penjagaan kambing dari semua aspek termasuk process drenching, semua anda kena hands-on buat sendiri dibawah pemerhatian kami. Ini bagus bagi anda menimba pengalaman sebelum benar2 yakin utk memiliki kandang sendiri dan melabur sejumlah wang yg besar utk infra.
Kami hanya mengenakan bayaran utk kos makanan, ubat2an & penjagaan harian sebanyak RM35/sebulan/seekor. Hasil keuntungan dari kambing2 tersebut adalah hak mutlak anda sebagai pemilik mereka. Kami mensyorkan anda membeli kambing betina sahaja kerana kami juga menawarkan khidmat baka penjantan berkualiti 'stud' untuk membuntingkan mereka dgn caj. Kalau nak beli jantan sendiri pun boleh gak...tapi faham2lah harga baka penjantan tak kurang dari RM2500 seekor...
Setakat ni, boervilla ada ruang yg boleh muat seramai 100 ekor lebih kambing. Nak tau lebih lanjut, sila contact saya! 012-3241460 (Nizam/Badul).

Tuesday, December 18, 2007

Ready Stock!!! Slaughter Boer

Ready Stock!! Kambing Boer untuk akikah/korban/sembelihan/BBQ etc, average weight 35kg, slaughtering protocol, umur 2 gigi ada 4 gigi pun ada. RM700.00/ekor. Rupa paras slaughter boer di BoerVilla seperti slide gambar dibawah:
Maklumat lanjut, sila hubungi Mel 016-3175930.

Wednesday, November 28, 2007

Boervilla Pengimport Boer

Kami dengan kerjasama Agrotrus Sdn. Bhd. memiliki kerjasama erat dgn JimBoer Australia, merupakan pengimport kambing Boer berkualiti utk penternak2 tempatan. Kami menawarkan kambing boer berklasifikasi "breeding protocol" terus dari Sydney. Quality dijamin tinggi dengan harga yg sukar dipercayai, paling rendah antara yg terendah. Worth buy!!!
  • Registered Fullblood Buck (Pejantan matang dgn pedigree cert, range berat 60-90kg) RM2800
  • Registered FullBlood Buck (Pejantan matang dgn pedigree cert, range berat 35-45kg) RM2500
  • Registered FullBlood Buck (Pejantan matang dgn pedigree cert, range berat 28-35kg) RM2300
  • Registered FullBlood Doe (Betina matang dgn pedigree cert, range berat 22-30kg) RM2100
  • Unregistered FullBlood Doe (Betina matang tanpa sijil kelahiran, range berat 22-30kg) RM1900
  • Purebred Doe (F5 keatas, range berat 25-30kg) RM1400
  • F4/F5 brown head matured doe (range berat 22-30kg) RM1300
  • F4/F5 white head matured doe (range berat 22-30kg) RM1200
  • F1/F2 matured doe RM750


Kambing under "Slaughtering Protocol" (utk pembelian min 200 ekor):
  • Boer (35kg) RM470
  • feral (30kg) RM410
  • Anak boer lepas cerai susu (Jantan) RM390
  • Anak boer lepas cerai susu (Betina) RM580

Note: Kambing under classification slaughtering protocol adalah kambing2 jantan pelbagai spec yg telah dipotong "anu"nya, hanya utk sembelihan daging. Begitu juga anak2 kambing yg baru lepas cerai susu, hanya utk "fattening program" seterusnya sembelihan daging kecuali anak boer betina. Pembeli boleh terus ambil setibanya di KLIA.