Thursday, September 20, 2007

Dugaan Di Bulan Puasa

14 Sept 2007 - Mama, Joe, Azhar, Anchoy dan Badul semua ke KLIA menunggu batch baru boer sampai kol 4 pagi. Hari ke-2 puasa, diorang sahur awal pagi tu. Masing-masing kerja keras pagi tu terutamanya masa pindahkan kambing dari lori ke kandang kat Sg. Tengkorak, Kuala Selangor. Dengan semuanya tak tido satu malam..bayangkan je lah betapa penatnya dorang aritu..dah tu puasa pulak tu. Itu semua dugaan tu untuk dorang semua. Tengok je lah gambar2 kat sini.








Anchoy tengah turunkan kambing dari lori





Mama & Anchoy tengah menarik kambing ke kandang
Inilah tuan punya kambing tu..Azhar
Tengok Mama..kerja keras sungguh aritu walaupun puasa.
Sian....penat ke nyah??

Monday, September 10, 2007

Hang Cangkul

8 Sept 2007 - Hari ni semua dah bersedia untuk turun padang kecuali Anchoy yang kena dok kat opis. Agenda utama, nak ratakan jalan yang lopak2 penuh lumpur dan lecak ala-ala camel trophy challenge tu supaya senang lori nak masuk untuk hantar barang-barang untuk pembinaan kandang. Nasib baik naik Land Rover..(hehehe...nak promote sikit ni) kalau tidak..terpaksa menapak je lah ke kawasan kandang tu.






Inilah rupa jalan yang nak ditambak dan diratakan dengan tanah










Semuanya dah bersedia dengan alatan perang masing-masing. Mama pun tak ketinggalan..tapi lakonan je tu. Hehe. Cuba tengok Azhar yang pakai bengkung untuk protect pinggang dia tu.





Wak Leman dan abang Rosli tengah bancuh simen, nak siapkan rumah pekerja. Seronok tengok rumah tu hampir siap. Tanpa buang banyak masa..sebab takot matahari naik atas kepala, jam pun dah 10.30 pagi..masing-masing cepat capai alatan perang nak mulakan kerja. Aku macam biasalah..jadik mandur, Mama tukang lap peluh.






Kerja-kerja menyimen lantai rumah pekerja dilakukan oleh Abang Rosli.












Inilah Wak Leman yang cool tu..tengah membancuh simen untuk kerja2 simen lantai rumah.



Kalau tengok dari gaya abang-abang gagah perkasa nih (Badul, Joe, Azhar) memang nampak ada ketokohan untuk jadik hang cangkul. Tapi lemau...baru 5 minit..dah pewai. Si Joe..nafas bunyi dah mcm lembu kena sembelih..walhal baru nyangkul 5 minit. Sakit-sakit perut aku ngan Mama gelakkan dia. Si Azhar pulak..siap pakai bengkung..takot sakit pinggang agaknya. Badol pulak cover macho depan Mama langsung tak tunjuk penat..senyum aje.





Badol & Joe mencangkul tanah yang akan digunakan untuk menambak kawasan lecak dan lumpur








Jalan yang berlopak dan berlumpur ditimbus dengan tanah.














Baru 5 minit takkan dah pewai brader??









Kayu-kayu yang tak pakai pun digunakan untuk menampal jalan-jalan yang teruk tu.








Zaiwari menyelesaikan kerja2 terakhir menimbus jalan hari tu










Tak larat nak jalan...naik motosikal la pulak





Kerja-kerja dihentikan pukul 12.30 untuk rehat,
makan tengahari dan solat. Zaiwari pun baru sampai tengahari tu. Lepas makan, kerja-kerja meratakan jalan disambung. Abang si Azhar pun turut serta membanting tulang. Terima kasih kepada Azhar n Bro. yang ringan tulang. Kerja-kerja selesai sekitar jam 5.00 petang. Dalam kepuasan melihat hasil kerja pada hari tu, ada jugak kedengaran rungutan sebab tangan yang halus dan lembut kerja dalam air-cond telah jadik kasar mcm tapak kaki. Kulit yang putih mulus dah jadik hitam legam. Apa saja sanggup dikorbankan...semuanya kerana BoerVilla.

Friday, September 7, 2007

The Pillars : Episode 2

7 Sept 2007 - Berbunga hati bila tengok gambar2 yang Mama forwardkan lepas dia buat site visit ke Sg Yu semalam. Ada perkembangan terkini..tiang2 dah siap sepenuhnya. Umah pekerja pun dah nampak ada bumbung..dan saliran ke culvert pun dah siap. Tengoklah gambar2 ni...

Tiang-tiang yang dah siap

Dinding rumah pekerja dah di touch up.


Saliran air ke culvert dari rumah pekerja.


Jalan masuk ke Boervilla. Tah bila JPS tu nak tar.

Ok, nantikan episod seterusnya. Salam dari BoerVilla.

Wednesday, September 5, 2007

The Making of BoerVilla : The Pillars

31 August 2007 - Salam Merdeka. Aku punye penat berkawad kat Dataran Merdeka pagi tu belum hilang lagi....Mama dah ajak pegi tgk progres kandang kitorang kat Sg Yu. Aku agak ketinggalan sebab dah 2-3 minggu sibuk ngan latihan kawad untuk merdeka tak sempat jenguk pon kandang yang dalam proses pembikinan tu. Tah camana rupa tempat tu sejak pokok2 kelapa sawit dan tanah disitu diratakan..aku pon tak tau. Tu yang gagahkan jugak diri untuk follow Mama petang tu.









Tak mau banyak citer la...korang tengok je lah progres kandang kitorang kat gambar2 yang aku attached kat sini. Tiang-tiang dah naik, umah pekerja pun hampir siap. Sebenarnye, target nak siapkan sebelum puasa, tapi nampak gaya macam lambat sikit la nih. Macam-macam problem muncul - lori tak leh masuk nak hantar barang sebab jalan masuk ke tanah tu adventure abis ngalahkan camel trophy challenge, ngan cuaca tak tentu sekarang ni..melambatkan lagi kerja-kerja kat situ.









Ok, setakat ni dulu..bersambung di episod akan datang..Salam dari BoerVilla.