Monday, July 30, 2007

First Trading







Wslm... hmm.. ape nak citer ek? kita citer pasal 1st shipment n sales yg technic farm buat pada minggu lepas ek..
Minggu lepas 24.07.07, menjadi sejarah pada geng TF sbb our 1st shipment of boers sampai kat KLIA. berdebar - debar rasanye masa sebelum sampai kargo KLIA. Mcm rasa nak g menikah pun ade!! (Ahaks..)
Sampai jek KLIA, kena amik pass.. (kena beratur..), then masuk kena check lg..( payahnye..) dan selepas tu baru lah dpt masuk ke animal hotel kat kargo KLIA(mak ai.. binatang pun ade hotel..!) Dan dapatlah kitaorg tgk boers yg buyer kitaorg beli...
bila boers tu dah dilepaskan ke satu area yg disediakan kat animal hotel tu..sesi kejar-mengejar, pilih memilih pun bermula.. Mmg kecoh, havoc n fun.. dan seperti biasa, one our partners akan menjadi perhatian.. ( sbb dia mmg cun!!) Ape taknye.. cuba bayangkan seorang awek cun lagi bergetah berlari mengejar kambing..Siap bebudak kargo berhenti buat kerja terpaku melihatnye.. Sape sape yg tak beli boers dr kitaorg mmg rugi.. sbb traders yg lain xde penyeri mcm kitaorg nie!!hehehehheee..
Lama gak adegan kejar mengejar boers tu berlaku.. Ade yg kena tanduk , kena tendang pun ade.. cuma kali nie xde yg masuk ICU jek.. Setelah selesai majlis kejar kejaran, kitaorg pun serahkan boers tu smua to the buyers..
Semua tu selesai lebih kurang 3.30 pagi. Pergh! Penat badan mula terasa... Lpeas tu sembang2, lepak2.. dah jam 7.00 pagi.. ( tak gie keje- amik MC). Balik dengan muka sembab tp hati senang..
Rasanye samapi sini je kot coretan yg dpt dipenakan.. Aslm.. babai





Wednesday, July 18, 2007

Jalan-Jalan ke Kandang Mizi


Pertemuan dengan Mizi di kandangnya di Ijok telah memberikan aku pengalaman dan persepsi baru terhadap bidang penternakan kambing. Kalau sebelum ini hanya sekadar melihat gambar-gambar kambing dan kandang kambing dalam blog orang lain, kali ini kitorang (aku n partners) melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rupa kambing boer dan kandang kambing. Pada aku, bidang penternakan bukan hanya sesuai untuk lelaki, bahkan wanita seperti aku juga boleh melibatkan diri. Yang penting...minat.
Bayangkanlah seumur hidup aku, belum pernah masuk kandang kambing apatah lagi dikelilingi dengan kambing-kambing.Hahahhaha...mula-mula tu..cuak jugak rasanya nak masuk kandang dengan dikelilingi lebih kurang seratus ekor boer. Tersenyum-senyum kambing si Zaiwari bila kambing datang dekat menghampiri dia...(sebenarnya dia cuak jugak tu..hehe).
Banyak yang aku pelajari dari
lawatan sambil belajar ke kandang. Mizi yang tak lokek ilmu tu, menunjukkan pelbagai jenis boer yang terdapat di kandangnya terutama si fullblood jantan kesayangannya yang bernama Koneng. Macam-macam la aktiviti kat kandang tu sepetang kitorang kat sana..bukan setakat belajar pasal boer sahaja, malah tentang penternakan kambing secara keseluruhannya. Tima kasih Mizi...kami ni budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Hari tu.......kitorang pulang ke rumah dengan semangat berkobar-kobar. Semangat untuk menjadi penternak kambing yang berjaya. (Senyum.....)

Friday, July 13, 2007

Pikir2 apa nak dibizneskan...

Lebih kurang 3 bulan yg lalu, aku & partners berdiskusi untuk memikirkan perniagaan apa yg berpotensi besar utk diceburi. Memula tu ada la idea utk membuat biznes makanan (disebabkan M'sia dikenali sbg halal-hub). Antara yg dibincangkan termasuk la nak jadi pengeluar roti & pembekal barang2 runcit. Kebetulan the nextweeknya ada lak MIHAS kat KL Convention Centre, so kitorang pun pegi la event tu (member aku sorang ni semua booth dia singgah rasa makanan dorang hehehehe...). Banyak gak info2 berguna yg dpt dr mihas tu spt apa services yg agency2 gov provide i.e SME, SMIDEC, JAKIM. Selebihnya semua yg menyertai pameran mihas tu adalah pengusaha2 kecil/sederhana/besar yg terlibat dlm industri makanan/services halal.
Dalam pada masa yg sama, kitorang juga sedar bahawa industri penternakan kambing adalah sgt memberangsangkan. Idea penternakan kambing Boer juga termasuk didlm option kami. Time tu cuma kitorang mmg zero knowledge lah...cuma tau nama boer tu je melalui akhbar2 & cerita2 org. Setelah projek roti & barang runcit tu difikirkan agak berisiko tinggi & memerlukan modal permulaan yg besar...kami menumpukan perhatian utk mencari info2 berkenaan kambing boer di internet. Selepas itulah kami sedar ramai rupanye penternak kambing di M'sia ni yg menggunakan kemudahan IT dan tidak kedekut ilmu. Maka bermulalah penyelidikan pasal kambing especially boer, kerana boer adalah baka kambing yg amat baik untuk pedaging. Kitorang mula mengenali bagaimana boer digred2 mengikut komposisi genetik boer asli dan kemuncaknya syukur alhamdulillah kami bertemu seseorang yg langsung tidak kedekut ilmu, berwawasan tinggi, giler2 dan ingin melihat anak sebangsa dgnnya maju. Sekarang dia kami anggap sbg guru/sifu/mentor etc.
Buat masa sekarang kami sedang dlm process penyediaan tapak projek di kuala selangor. Gambar berikut adalah tapak lokasi projek kami. Update akan disediakan sedikit masa lagi. Sekian buat masa ini, wasalam...