27Oct2007 - Alhamdulillah & terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan meramaikan majlis "open farm" kami bersama2 network perkambingan mizi associate di kandang Ijok pada sabtu lepas. Dianggarkan sekitar 100 tetamu telah hadir memeriahkan majlis yg bermula seawal 12 tghari dan berakhir sebelum matahari melabuhkan tirainya. Para tetamu dihidangkan dgn kambing panggang berempah, nasi beriani, gulai kambing, gulai ayam, lontong, mee rebus, kuih muih, air kelapa & air tembikai etc. Selain itu tetamu dpt meramah mesra dgn kambing2 boer yg kacak2 & jelita2 selain dari tuan2 kambing sendiri. Akhir kata terima kasih sekali lagi dan kami memohon ampun maaf sekiranya terdapat kekurangan atau cacat cela semasa majlis berlangsung.
Antara tetamu yg hadir antaranya penduduk2 kariah setempat, rakan2 seperkambingan, existing customers, bakal2 penternak, rakan2 yg berminat utk mengenali kambing boer etc.
mel, mizi, mama & joe sedang berbincang apa nak dibuat dgn daging kambing yg dah bertukar menjadi arang tu...
mel & mizi melayan tetamu dari KTL Farm, Segamat.
Sesi beramah mesra dgn kambing2 boer betina F4/F5 purebred & fullblood. Kambing2 tu agak stress asik kena kejar je ngan budak2...hehehe
Joe(yuzalee) & wife sedang melayan tetamu menikmati hidangan.
Zali (mbek-mbek farm) sedang bermain dgn bara api.
ni aku la tgh paksa fullblood stud buck boer yg degil takmo dgr cakap tu turun kandang.
meriah kambing2 ni berpoya2 di atas tanah time ramai penonton dia makin excited la...