6 Oct 2007 - Sebuah program baru bakal ditayangkan di RTM, Inspirasi Khasiat dan krewnya telah datang ke kandang di Ijok untuk menemuramah Mizi tentang khasiat susu kambing dan membuat rakaman bagaimana susu kambing diperolehi dari ibu kambing. Rancangan Inspirasi Khasiat ini bakal memaparkan isu2 kesihatan dan nutrisi yang berkhasiat untuk tubuh. Selain mendapatkan nasihat2 pakar kesihatan, ia juga ada menemuramah orang ramai untuk mengetahui pengetahuan masyarakat tentang amalan pemakanan dan kesihatan. Eh..aku ni dah macam nak promotekan rancangan tv ni pulak. heheh..Bila nak ditayangkan kat tv..tak pasti la pulak. Yang pasti..penggambaran aritu berlangsung dengan lancar. Mizi banyak memberikan info2 menarik psl khasiat susu kambing.
Aku pun ada juga baca info2 pasal susu kambing dalam internet. Khasiat susu kambing menghampiri khasiat susu ibu. Susu kambing dikatakan boleh mencegah penyakit arthitris. Susu kambing juga kaya dengan protein dan vitamin A. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya. Dan ia juga mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Eh..korang cariklah sendiri info pasal susu kambing ni dalam internet kalau nak tau lebih lanjut.
Cameraman tengah membuat rakaman kat kandang
Badul tunjuk skill memerah susu kambing.
Mizi ditemuramah oleh krew Inspirasi Khasiat
Krew-krew Inspirasi Khasiat kat kandang Ijok
No comments:
Post a Comment