Thursday, November 27, 2008

Ilmu: Penyakit Kembong Perut

Penyakit kembong berlaku apabila didapati pembesaran rumen dan reticulum (perut di bahagian abdomen kiri). Penyakit kembong ini mengakibatkan kerugian melalui kematian kepada ternakan. Selain daripada itu ia boleh mengurangkan kadar pengeluaran serta membataskan penggunaan berbagai jenis rumput-rumput kepada ternakan.
Kejadian kembong perut biasanya bertambah dalam pengurusan yang menggunakan baja yang banyak pada pastura dan apabila ternakan makan daun-daun kayu seperti daun ubi dan nangka terlalu banyak.

Aetiology (sebab-sebab kembong)
Sebab utama kejadian kembong adalah apabila kadar gas yang dihasilkan melebihi kadar pengeluaran gas (eructation). Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan terkumpul di dalam rumen yang kemudiannya membesar. Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana mikro organisma dalam rumen dan juga oleh gangguan secara tidak langsung terhadap pengeluaran gas.

Jenis-jenis penyakit kembong
a) Gangguan secara fizikal (Physical disturbance)
- sekatan kepada esophagus (esophageal obstruction)
- abscess, adhesion, radang perut (gastritis)
- terlebih 'froth' dalam rumen
- kedudukan abomasum yang salah (displace abomansum)

b) Gangguan secara 'biochemical'
- makan daun-daun kayu yang beracun
- terbanyak makan dedak/palm kernel cake (PKC)
- 'sensitize' kepada uba-ubat
- kerosakan kepada sistem saraf
c) Gangguan melalui penyakit 'entero toxemia' dan keracunan nitrate.
Jika diperhatikan dengan betul, kita dapati penyakit kembong boleh dibahagi kepada dua sebab utama. Pertama disebabkan pengeluaran gas yang berlebihan dari yang dikeluarkan dari tubuh ternakan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan dan juga terdapat banyak gas 'foam' di dalam rumen. Kedua, disebabkan oleh sekatan kepada pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal.

Faktor utama adalah masa dan keadaan ternakan, jenis makanan & keadaan tanah (kandungan zat).

Tanda-tanda klinikal:
- pembesaran bahagian kiri abdomen (para lumbarfossa).
- ternakan menjadi resah - selalu duduk dan bangun.
- kurang makan dan minum.
- ternakan berada dalam kesakitan terutama di bahagian abdomen kiri.
- ternakan terbaring dalam kesakitan.
- kematian.
- kadar pernafasan bertambah dan ternakan menjadi sesak nafas (dyspnoea).

Rawatan
Asas utama dalam rawatan kembong adalah untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Adakah disebabkan oleh penghasilan gas yang terlalu banyak atau terdapat sekatan kepada pengeluaran gas dari rumen. Dalam penyakit kembong selain dari pengeluaran gas, ada juga terdapat buih (foam/frothy material) dan kedua-duanya perlu dikeluarkan untuk menjamin rawatan yang sesuai.
Untuk rawatan, anda perlu:-
- memasukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut untuk mengeluarkan gas yang terdapat dalam rumen.
- memberi ubat menahan kembong (anti bloat/anti foam agents) seperti Bloat guards yang diberi ke dalam rumen.
- memberi minyak kelapa (kelapa sawit/minyak masak) dengan tujuan memendakkan buih supaya memberi peluang kepada pengeluaran gas (100-500 ml)
- mengeluarkan gas dengan menggunakan; trocar atau benda-benda tajam di sebelah kiri abdomen (bahagian atas).
- selain dari itu anda juga boleh menggunakan teknik pembedahan seperti 'rumenotomy' untuk mengeluarkan gas.

Pengawalan penyakit kembong
Bagi menjamin ternakan yang sihat sepanjang masa anda harus menjalankan beberapa kaedah pengurusan bagi mengawal penyakit kembong. Anda perlu memerhati agar dedak atau PKC yang diberikan kepada ternakan tidak terlalu halus. Kehalusan makanan seperti ini akan mempercepatkan pengeluaran gas serta menghasilkan buih yang banyak. Selain dari itu daun-daun kayu yang dimakan oleh ternakan juga perlu diberi perhatian. Jika terlalu banyak akan menyebabkan kembong kerana lebih gas dihasilkan.
Anda juga perlu memberi perhatian kepada pembajaan pastura yang terlalu banyak. Keadaan tanah yang sesuai dengan zat makanan yang cukup juga membantu dalam pengawalan penyakit kembong.
Selain dari faktor masa dan keadaan sekeliling yang terlalu memberi tekanan (stress) kepada ternakan juga boleh menyebabkan kembong terjadi. Anda seharusnya memberi rawatan serta nasihat kepada penternak bagi mengawal penyakit kembong ini.
sumber: JPH T'ganu

Tuesday, July 22, 2008

RAJA BOER!!!

Pembiak No. 1 Australia
Oleh ADHAM SHADAN
Dia memenangi pelbagai anugerah baka kambing Boer terbaik lantaran kambingnya yang mempunyai ketahanan yang lebih tinggi dan mampu membiak dengan baik. Dia dianggap Raja Boer.
PADA tahun 1995, Jim Boer atau nama sebenarnya Jim Mayall Gilgandra hanyalah seorang penternak kambing biasa. Berbekalkan sekawan kecil kambing komersial serta tambahan dua ekor kambing Boer betina dan seekor kambing Boer jantan, dia memulakan usaha taninya yang tidak seberapa. Namun, penternak kecil di New South Wales (NSW), Australia ini memiliki jiwa yang besar. Merasakan tiga ekor kambing Boer yang dibelinya itu tidak memenuhi piawaian sama ada untuk tujuan komersial mahupun perusahaan, dia bertekad bahawa sesuatu perlu dilakukan.
Usaha demi usaha dilakukan Jim, 55, untuk menghasilkan mutu baka yang lebih baik. Tanpa latar belakangkan pengetahuan sains dan ilmu genetik, anak jati keluarga peladang ini memasang strategi mencatur pembiak bakaannya sendiri.
Kini, kejayaan telah digapainya. Ladang Jimboer Boer Goat Stud yang diusahakan bersama isterinya, Lyn Mayall di kawasan barat NSW, menjadi saksi akan kegemilangannya. Ladangnya merupakan ladang kambing Boer pertama di Australia yang mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kambing Boer Afrika Selatan yang cukup berprestij seawal tahun 2004 lagi.
cerita selanjutnya & gambar2 (termasuk gambo jim&mizi, hehe) di kosmo 21July2008

Friday, June 6, 2008

Kursus Penternakan Boer


Salam,
Kami ingin war-warkan kepada pelawat2 BoerVilla yg berminat untuk mengikuti
Kursus Penternakan Kambing Boer yg akan dianjurkan di area Kuala Selangor oleh rangkaian BoerBest Group. Beberapa speaker terkemuka akan turut bersama untuk memberi ucapan, kaedah dan berkongsi pengalaman tentang kambing Boer.
Antara Speaker tersebut adalah:
1) Jim Boer - Hardcore Breeder di Australia - Boer Goat Breeding
2) Geoffrey Davies dari Capricorn Pastoral, Australia - Boer goat Demand Industry
3) Dr. JPH/MARDI - Boer Goat Feed.
Informasi terkini tentang kursus yg ditawarkan boleh dilihat disini http://www.boerbest.com

Monday, April 28, 2008

Langkah Pertama BOERBEST Group



Salam...tanggal 26 April 2008 telah mencatatkan satu kenangan indah dlm dunia perkambingan kami apabila aku bersama2 mizi, wan & botak telah memulakan projek jualan daging kambing boer terus kpd pengguna. Disamping daging kambing, kitorang ada jugak jual daging lembu (bukan daging kotak imported tau, tapi daging fresh baru sembelih kol 4 pagi tu) utk menambah variety. Mizi & Wan handle bahan2 jualan, tu psl la mlm tu dorang tak tido menumbangkan lembu & menambat kambing utk disembelih. Aku & Botak standby kat rumah dipaksa tido oleh Mizi & Wan supaya kitorang ada tenaga cergass keesokannya...aku redha je dgn arahan..hehehe. Tapi Botak excited giler nak jadi penjaja sampai takleh tido mlm tu...hehehe.

Tapak gerai yg pertama di Bkt Rahman Putra, Sg. Buloh dan operasi jualan daging kambing & lembu ni adalah tiap2 hari kecuali isnin dari pkl 6pagi hingga 12tghari. Kpd sesiapa yg memerlukan daging lembu atau kambing segar dari ladang, silalah kunjungi kami di sana... ataupun sesiapa yg nak order thru telefon silalah jgn malu2 call salah sorang dari kami. Delivery boleh diuruskan, maybe jumpa dimana2..tapi terhad utk warga lembah klang shj...

Walaupun byk dugaan & kepayahan utk setup sebijik gerai ni, tapi kitorang dah nekad apa nak jadi jadik lah...projek tetap diteruskan. Alhamdulillah, hasil penat lelah berbaloi bila gerai berjaya beroperasi, dgn sambutan pelanggan yg boleh dibanggakan, disamping sokongan rakan2 penternak seperjuangan. Pembukaan 3 tapak gerai lagi dlm perancangan..tungguuuu

Thursday, April 17, 2008

Koboi M'sia cuba menangkap kambing terlepas

Video ni hasil rakaman botak semasa loading kambing haritu...hero utama adalah bobo...hehehe

Tuesday, April 8, 2008

Shipment Terbaru 04/04/08

Salamz.. ribuan kemaafan kpd pelawat2 tegar blog boervilla ni walaupun lama giler aku tak update, dah mcm takde penghuni lak kat sini ye... tapi takpe, janji kandang kambing ada penghuni...and kambing sihat2 walafiat. Sepanjang tiada apa2 citer kat sini, aku sebenarnya menggelupor arrangekan shipment kali ni yg mmg amat luar biasa. Shipment yg sepatutnya awal February telah tertangguh beberapa kali atas sebab2 yg tak dpt dielakkan. Berkat kesabaran, alhamdulillah akhirnya loading kali ni berjaya juga pada 4 April 2008. Dikesempatan ini juga aku nak mohon maaf kpd pembeli2 kambing atas kelewatan tersebut. Aku pun paham sbb korang dah bayar pastu barang lambat lak, kalau aku pun aku tensen, camne terujanya korang utk tgk & belai kambing sendiri...itu mmg naluri manusia.

Aku ingatkan masalah kali ni selesai bila kapal terbang dah landed kat klia...rupa2nya ada lagi dugaan. Security MAB kat klia cargo complex pulak tak bagi satu company masuk lebih dari 5 org...padahal dulu2 selamba je sampai visitor pass abis la...so, terpaksa la buyer2 yg dah dtg dok kat luar tak dpt masuk animal hotel, sampai la dah nak suboh baru dpt masuk bila hero2 kitorang pegi naik pejabat MAB jumpa ngan higher officer on duty. Punyelah hangin ngan budak pempuan yg mcm laki yg tak bagi kitorang masuk tu, kalau ye pun dia ikut arahan ckp la elok2 camne caranya utk kitorang dpt masuk sebab dah tanye awal2 dah..ini tak, bersungguh2 takmo bagi masuk sambil isap rokok dgn kereknya dlm kaunter pelawat tu.

Berbalik citer kambing, lori brader ramli koboi terpaksa buat 2 trip la psl kambing byk takut dorang berhimpit2 pastu lagi stress. Lebih kurang 200 ekor sampai, itupun separuh buyer dah bawak terus ke kandang dorang di segamat, kuantan etc. loading haritu selesai bila kambing semua selamat masuk ke kandang, semua dijamu dgn air minuman bercampur anti stress disulami dgn daun sawit segar tanpa pallet. aku sampai rumah dah nak dekat maghrib dgn rasa nak pengsan, mana taknye 2 mlm sebelum tu tak tido tgk champion league lagi..badan bergelumang ngan taik kambing sampai celah2 rambut aku pun ada taik kambing...hahahaha.
kisah selebihnya korang tgk je lah slide gambar ni...aku nak sambung buat keje. enjoyyyyyy you'll never walk alone baby...hehe

Friday, February 15, 2008

Tuesday, February 12, 2008

Terkini di BoerVilla

Sori lama tak update blog ni psl bz giler ngan keje opis, weekend lagi la bz kat kandang ngan melayan request2 dari peminat2 kambing especially contract farming tu. Anyway, terima kasih kpd yg sudi melawat & bertanya: Othman, Faidzal Apai, Syukri, Azman, Din, Syukor, Hafiz, Rosli, Nazri, Anuar, Hanafi dll (sori ye kalau ada yg tertinggal aku tak sebut nama).
Hmmm...apa citer terbaru eh aku nak tulis ni. 2 minggu lepas, hari ahad pagi2 sebelum suboh kol 4 pagi aku dah gerak ke kandang. bukan ada emergency ke hapa, tapi nak sembelih seekor kambing utk dijual daging kat pasar tani mega shahalam. kambing candidate yg muda/kecik (psl 'chevon' tu umor 6 bulan!) dah pun aku & pak ersat (pekerja ladang) pilih. tapi aku sampai awal2 pun hampehh psl menunggu mizi & wan & adib terhegeh2 lambat sgt dah kol 6 baru nak sampai. dorang sampai je terus cargass operasi kitorang...siap je semua menggelupor aku pegi shahalam lak sbb dah janji ngan owner tapak pasr tani tu aku nak sampai around kol 6.30-7.00...tapi terkucil la kol 8 lebih baru sampai.
lepas taruk kambing kat atas meja, kitorang distribute flyer jualan daging kambing boer segar kat org ramai...letih gak aaaa hari pun dah naik panas. ramai gak consumer yg realize tentang kebaikan/kelazatan kambing boer muda nih, sbb tu dlm masa 2jam lebih je bleh clear gak sekor kambing tu...alhamdulillah, percubaan pertama kitorang utk penetrate market jual daging kambing fresh dari ladang selesai dgn jayanya. kepala kambing boer ni pun ramai gak org minat ye! aku sempat buat show kepala boer atas meja kejap je dah kena beli ngan org...hehe. InsyaAllah kitorang akan terus berusaha utk mengembangkan aktiviti2 camni dgn berkorban masa & tenaga demi minat.
Ohh ya, kambing2 contract farming akan sampai dari Australia 15 Feb ni, total ada 53ekor...so, tungguuuuu dorang mengembekk dgn lebih ganas ye....heee

Monday, January 7, 2008

Tawaran "Contract Farming"

Boervilla mempunyai kepakaran & juga kemudahan utk penternakan kambing. Kami menawarkan khidmat penternakan secara 'contract farming' kpd individu2 yg berminat dgn dunia perkambingan tanpa perlu mengeluarkan modal permulaan yg besar utk pembinaan kandang & infrastuktur. Anda cuma perlu keluar modal utk beli kambing je utk pemulaan, pastu taruk kambing2 tu kat boervilla, sesukahati boleh dtg lawat & bermesra ngan kambing2 tu. Dlm masa yg sama anda dpt belajar penjagaan kambing dari semua aspek termasuk process drenching, semua anda kena hands-on buat sendiri dibawah pemerhatian kami. Ini bagus bagi anda menimba pengalaman sebelum benar2 yakin utk memiliki kandang sendiri dan melabur sejumlah wang yg besar utk infra.
Kami hanya mengenakan bayaran utk kos makanan, ubat2an & penjagaan harian sebanyak RM35/sebulan/seekor. Hasil keuntungan dari kambing2 tersebut adalah hak mutlak anda sebagai pemilik mereka. Kami mensyorkan anda membeli kambing betina sahaja kerana kami juga menawarkan khidmat baka penjantan berkualiti 'stud' untuk membuntingkan mereka dgn caj. Kalau nak beli jantan sendiri pun boleh gak...tapi faham2lah harga baka penjantan tak kurang dari RM2500 seekor...
Setakat ni, boervilla ada ruang yg boleh muat seramai 100 ekor lebih kambing. Nak tau lebih lanjut, sila contact saya! 012-3241460 (Nizam/Badul).