Tuesday, August 7, 2007

Satu Ahad Yang Pantas Berlalu

Salam semua....

Ahad, 5 Ogos 2007. Subuh2 lagi aku dah buat morning call untuk partners yang bujang takot terlajak tidur tak bangun pagi tu. Janji nak jumpa pukul 7 pagi, tapi si Joe punyelah liat, morning call aku langsung tak berjawab. Hampeh la lu...

Macam-macam program kitorang aturkan untuk sehari tu. Dalam perjalanan ke Kuala Selangor, kitorang singgah kat sebuah kilang kayu di Sg Buloh. Buat tinjauan sikit untuk bandingkan harga kayu dengan tempat lain. Paling melucukan bila ada adegan pandang memandang....terpaku dengan keayuan si jelita. Hahaha..kelakar giler.

Perjalanan diteruskan ke kandang Mizi di Ijok, Badol dah lama menunggu kitorang kat sana. Sejak rombongan dari Sydney sampai, aku belum ada kesempatan untuk tengok Stud Buck kitorang yang bernama Mafia tu. Hari tu, memang kitorang plan untuk mandikan si Mafia yang rugged tu. Aku dan Mama lah yang ambil tugas tu...sental-sental badan dia, pakai shampoo..wangi je Mafia lepas mandi hari tu. Lepas tu Mafia kena ambil suntikan vitamin. Lagi sekali aku yang jadik doktor hari tu.


Joe and Azhar melalui pengalaman baru hari tu sebab kena bergelumang dengan kambing-kambing yang ada masalah kecederaan dan luka. Nampak macam dah profesional je dorang tu.
Kitorang singgah kejap ke Sg Yu, tanah dimana kitorang bakal dirikan kandang tak lama lagi. Eh, tak sabar rasanye nak lihat kandang kitorang sendiri. Aku membayangkan bila kandang kitorang siap nanti..dengan kambing-kambing kitorang. Seronoknya.......kawasan kat situ pun nyaman je..angin sepoi2 bahasa..sampaikan Mama terlena sekejap sementara partners yang lain meninjau-ninjau kawasan tanah sebelum acara pecah tanah minggu depan.



Ahad tu aku rasa terlalu cepat masa berlalu..dengan pelbagai pengalaman baru yang kitorang kutip. Nak citer kat sini..panjang sangat..tengok je lah gambar-gambar ni.

No comments: